Friday, 19 September 2008

Resorts World Bhd We Care Team Berbuka Puasa Bersama Adik-adik Di Badan Amal Nur Zaharah, Janda Baik, Pahang

16/9/2008 bukan sahaja Hari Malaysia dan Pertukaran Kerajaan yang dibesar-besarkan oleh YB Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi adalah kali pertama bagi saya untuk melawat ke satu tempat yang bernama "Janda Baik".

Ini adalah kali pertama saya mendengar tempat nama "Janda Baik" yang berada di Bentong Pahang, betul-betul terperanjat. Bagus, dapat belajar satu tempat yang baru lagi.

Ahli-ahli We Care Team membawa banyak bahan masak dan makanan ke badan amal, tengok mereka tengah sibuk memindahkan ke dalam bas. "Bas Kilang" pula, bukan main-main.

eh! siapa laki tampan yang berpusing ke belakang itu!!! Selepas satu jam dalam perjalanan yang selok-belok barulah kami sampai. Sekarang pindah barang-barang turun.


Adik, apa adik tengah tengok ni? nanti awak boleh dapat dah! Kakak-kakak tengah sibuk susunkan cenderamata kepada adik-adik. Ada buku,pensil, buku nota dll.

Abang-abang tengah bersihkan bilik-bilik di badan amal Nur Zaharah, tapi kenapa tak ada sampah pun dalam tong itu, peliknya!!!!
Main musang tangkap anak ayam pula, rakan sekerja macam balik ke masa 20 tahun dahulu...
Hey adik, sedap tak? Mai saya suapkan awak......
wah! bagus sangat la abang ini, saya nak jadi macam dia lebih saya besar nanti.....
Nampaknya gadis ini telah tertarik sangat dengan lelaki yang tengah bercakap itu, asyik tengok sahaja, sambil tengok sambil garu tangan pula......
Chef Tan (belakang kiri) bersama rakan-rakan memasak makanan macam Hotel 5 Star. Banyak-bayk terima kasih kepada mereka.

Inilah semua yang terlibat dengan lawatan ke Badan Amal Nur Zaharah di Janda Baik, Bentong Pahang.

1 comment:

-starfish- said...

haha..
saya lah musang yang tangkap anak2 ayam..
utk pengetahuan makhluk makhluk sekalian, wei ko ialah emcee pada function hari itu..
bukan sahaja beliau cekap meng-emcee-kan majlis itu, beliau juga terima banyak fans fans yang terdiri daripada mui mui zai yang comel serta takde mekap..
beliau juga memalukan saya serta dato'..tsk tsk tsk,,
hahahahaha..
kita semua nampak macam green monsters gi attack rumah anak-anak yatim..haha